WELLINGTON: Rakyat New Zealand keluar mengundi pada pilihan raya umum, susulan peletakan jawatan mengejut bekas perdana menteri Jacinda Ardern pada Januari lalu, lapor Agensi Berita dpa.
Pilihan raya pada Sabtu itu menyaksikan pertembungan "dua Chris", penyandang Chris Hipkins dari Labour Party menentang Christopher Luxon dari National Party.
Hipkins mengambil alih jawatan perdana menteri selepas peletakan jawatan Ardern yang memimpin negara itu dari tahun 2017 hingga 2013.
Parti New Zealand First yang dipimpin oleh Winston Peters kemungkinan akan menjadi penentu utama dalam Parlimen negara itu selepas pilihan raya.
Gabungan berhaluan kanan National, ACT dan New Zealand First dilihat mendahului dengan margin yang kecil.
Peters dan Hipkins menolak untuk bekerjasama, manakala National Party telah menyatakan mengenai kemungkinan "pilihan raya kedua" diadakan jika terpaksa berunding dengan Peters selepas pilihan raya.
Keputusan awal akan diumumkan secara berperingkat selepas pengundian ditutup.
Untuk membentuk kerajaan, sebuah parti atau gabungan perlu menang sekurang-kurangnya 61 daripada 120 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, pilihan raya kecil berlangsung pada 25 November berikutan kematian Neil Christensen dari ACT seminggu sebelum pilihan raya umum, menjadikan terdapat seramai 121 Ahli Parlimen.
Lebih 1.1 juta daripada 3.8 juta pengundi yang layak telah mengundi awal pada Jumaat.
Pusat pengundian akan ditutup pada pukul 7 malam (0600 GMT).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
Gabungan berhaluan kanan National, ACT dan New Zealand First dilihat mendahului dengan margin yang kecil. - Foto/AP
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
Rakyat New Zealand mengundi hari ini untuk pilih perdana menteri baharu
Rakyat New Zealand keluar mengundi pada pilihan raya umum, susulan peletakan jawatan mengejut bekas perdana menteri Jacinda Ardern.